Jom Ke Perpustakaan Desa Tambun Tulang 2025
27 November 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Jom Ke Perpustakaan Desa Tambun Tulang 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat merangkumi kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti sekitar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan program ini. Antaranya ialah Pertandingan Mengail Ikan Bendang, Peraduan Teka Berat Buku, Pemeriksaan Kesihatan oleh NADI, Taklimat Agensi, serta aktiviti khas untuk kanak-kanak tadika seperti mencari benda tersembunyi di dalam bekas dan kerusi muzik. Program turut diserikan dengan Cabutan Bertuah yang menambahkan lagi keterujaan para peserta.
program ini meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan dan keselamatan digital, serta mengukuhkan imej NADI sebagai agensi yang prihatin dan aktif dalam program kemasyarakatan. Selain itu, penglibatan NADI dalam pemeriksaan kesihatan dan aktiviti bersama komuniti membantu membina kepercayaan serta hubungan jangka panjang dengan penduduk setempat.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara perpustakaan desa dan komuniti setempat, malah berjaya menarik minat masyarakat untuk mengunjungi dan memanfaatkan kemudahan perpustakaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: